Sunday, November 21, 2010

LATAR BELAKANG

Equity Rhythm Sdn Bhd telah diasaskan oleh Encik Anwar bin Mohmed bersama rakan kongsi Encik Mohamed Izan Bin Suleiman dan ditubuhkan pada 07 Disember 2008 dengan nombor pendaftaran 261994-V. Kini syarikat ini beroperasi di 29-A , Jalan Cahaya 14, Taman Cahaya 68000, Ampang Selangor Darul Ehsan.

Syarikat ini telah bermula dalam bidang pembekalan dan pembuatan pelbagai jenis pakaian yang mana telah beroperasi dibawah nama syarikat Excellent Design Enterprise yang telah ditubuhkan pada tahun 2004. Kini, Excellent Design Enterprise telah diletakkan dibawah syarikat Equity Rhythm Sdn .Bhd. bagi menjadikan produk kami lebih berkualiti dan terurus, selain menjadikan nama Excellent Design sebagai jenama produk pakaian kami.

Equity Rhythm Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi membolehkan kami melebarkan perniagaan  selain mempelbagaikan produk yang boleh dibekalkan kepada pelanggan. Pembekalan pelbagai barangan dan mesin menjadi fokus utama syarikat Equity Rhythm Sdn Bhd dalam melayari bidang perniagaan kini selain pembuatan dan pembekalan pakaian yang masih diteruskan oleh Excellent Design Enterprise.

Sepanjang penglibatan dalam bidang perniagaan, kami telah membekalkan pelbagai produk pakaian, cenderamata, pelbagai jenis mesin, alatulis, alat eletrik, bahan-bahan bercetak, perabot, dan lain-lain. Disamping itu kami juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti merekabentuk “artwork” bagi tempahan pelanggan dan memberikan nasihat serta pandangan kepada pelanggan.

Equity Rhythm Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan yang efisyen, produktif dan berkualiti. Selain itu juga pihak syarikat menawarkan pilihan produk yang bermutu tinggi pada kadar harga yang menarik dan berpatutan bagi menyaingi pasaran serta memenuhi kehendak pengguna.


VISI

Equity Rhythm Sdn Bhd bertekad untuk menjadi penyedia perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran semasa.


MISI

Kami beriltizam untuk menawarkan perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh, menerusi warga kerja yang produktif serta pengurusan yang cekap melalui prasarana yang inovatif.


KOMITED                         

Menyediakan perkhidmatan yang tepat dan cepat dengan kehendak pelanggan.
Tepat dengan maklumat dan grafik yang diingini pelanggan serta cepat yang bersesuai dengan masa dan kerja yang dikehendaki pelanggan.



KUALITI             

Menghasilkan kerja-kerja yang bermutu daripada segi kualiti barangan yang dikehendaki oleh pelanggan yang bersesuaian dengan harga dan kemampuan pelanggan.


KERJASAMA       


Membina hubungan baik jangka masa panjang dengan pelanggan bagi memperolehi kepercayaan bagi mendapatkan hubungan urusniaga yang berterusan.